2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789

Untukmu Syria

RM324,593 dari RM1 juta

Untukmu Syria adalah sebuah program yang fokus memberikan bantuan kepada umat Islam Syria yang ditindas dan dizalimi.

Di bawah kempen ini, pelbagai projek telah dilaksanakan termasuklah bantuan musim sejuk; bantuan kecemasan; bantuan makanan; pembinaan Township4Syria; program dakwah dan pembelajaran; kilang roti; dan banyak lagi.

Menjelang musim sejuk bakal melanda tidak lama lagi, Serantau Muslim telah melancarkan kempen bantuan musim sejuk. Ini adalah kempen yang kami laksanakan setiap tahun pada musim sejuk.

Setiap kali musim sejuk, pelarian Syria akan melalui detik sukar apabila menghadapi kesejukan melampau hingga sehingga dibawah 0°C. Kesejukan yang menggigit ini menyebabkan ada yang terkorban terutama golongan wanita, orang tua dan kanak-kanak kerana tidak mampu menahan kesejukan.

Ini berlaku kerana mereka tidak mempunyai kelengkapan baju sejuk dan alat pemanas serta bantuan makanan yang mencukupi, sebaliknya mereka terpaksa menghadapi derita kesejukan di dalam khemah-khemah. 

Dalam membantu menyelamatkan nyawa serta memanaskan badan pelarian Syria ini, kami akan menyampaikan bantuan seperti berikut:

  • Bakul Makanan
  • Peralatan Set Pemanas
  • Tilam & Selimut
  • Karpet & Kanvas
  • Pakaian
  • Bantuan Umum Lain

Setiap sumbangan dan infaq anda sangat bermakna bagi menjayakan misi ini. Barangkali sumbangan anda itu telah menyelamatkan nyawa-nyawa saudara seakidah kita yang sedang diuji.

Jom bantu kami membantu mereka.

Bantuan alamat pemanas diagihkan kepada pelarian-pelarian di dalam khemah.

Disaat mereka di dalam kelaparan, kami tampil sampaikan bantuan makanan hasil daripada sumbangan anda.

Bantuan selimut tebal diagihkan kepada anak-anak kecil di kem-kem pelarian.

Ketika sajli sedang turun, kami agihkan bantuan makanan kepada pelarian-pelarian ini bagi memastikan bekalan makanan mereka mencukupi.

Makanan-makanan yang ada di dalam kotak makanan yang terdiri daripada makanan uji umat Islam Syria.

Diesel yang digunakan untuk menghidupkan alat pemanas yang membantu mengurangkan kesejukan yang mereka hadapi.

Alat-alat pemanas sangat membantu menyelamatkan nyawa mereka daripada mati kesejukan.

Semoga anak-anak ini kuat menghadapi musim sejuk.

RM
Pilih Kaedah Pembayaran
Maklumat Peribadi

Jumlah Derma: RM100